Risiko Pelaburan Unit Amanah

Assalammualaikum dan Salam Sejahter 1 Malaysia…

Mungkin anda pernah dengar kata-kata berikut:-

 

Saya kehilangan separuh wang simpanan saya apabila pasaran saham jatuh merundum

Modal saya susut setelah melabur baru 1 bulan…kenapa?

Sepatutnya saya simpan sahaja di bank, bukannya melabur

Pelaburan itu berisiko, saudara mungkin hilang semua modal saudara

Ini adalah kenyataan mereka-mereka yang tidak menerima hakikat bahawa tiada didunia ini yang tiada risiko. Jika anda lari dari risiko sebenarnya anda 2 x lebih berisiko berbanding orang yang berani mengambil risiko. Sebagai contoh jika anda takut berdepan dengan risiko dalam pelaburan unit amanah ini bermakna anda takut sebenarnya untuk mengkayakan diri anda. Oleh itu ada berkata…biarlah saya simpan sahaja di simpanan biasa atau simpanan tetap…so adalah juga daripada tiada…Ia betul, jika anda takutkan risiko tak perlulah nak melabur. Jika anda takut untuk menjadi kaya dan takut keuntungan. Lebih baik anda simpan di bawah bantal atau simpan sahaja duit anda di dalam tabung kat rumah atau anda boleh simpan di bank. Namun adakah ianya benar-benar selamat. Apa bezanya anda simpan kat Pelaburan. Kesilapan kita kerana tidak ada ilmu dan tidak ada pendedahan tentang pelaburan tetapi berapa ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya, pernah tak selama ini mereka yang terjebak dengan skim cepat kaya bertanyakan tentang risiko. Jawapan tidak pernah kerana telah dikaburi dengan keuntungan yang tidak pasti dan risiko yang tidak diketahui.

So risiko tidak dapat dielak tetapi dapat dikurangkan. Hakikatnya saban hari anda berdepan dengan risiko. Cuma sedar tak sedar sahaja. Perihatin dan kepekaan anda bakal mengurangkan risiko apa sahaja yang anda lakukan. Justeru itu sebelum kita dapat meraih keuntungan dan mengurangkan risiko tetapi bukannya lari dari risiko maka pendekatan atau strategi pelaburan unit amanah mesti ada. Bukannya melabur semborono masuk duit lepas tu biarkan duit tu berganda tetapi adalah lebih baik jika kita mengetahui apa strategi yang diguna pakai didalam pelaburan unit amanah dan ianya tidak serumit melabur di Bursa Saham. Ini kerana strategi untuk melabur di Bursa Saham hanya Pengurus dana sahaja yakni pakar yang mengetahuinya. So tugas anda sebagai pelabur adalah melabur dan menggunakan sedikit strategi yang semudah ABC. So untuk meminimumkan risiko kita kenalah mengenalpasti risiko2 yang terlibat. Ianya penting, sebagai contoh, jika anda pergi memancing ikan, dan di sungai tersebut ada seekor buaya ganas…so apa yang perlu anda ketahui, dan apa yang anda perlu persiapankan dari segi keselamatan anda. Risiko disini ialah buaya ganas.,.langkah-langkah yang diambil adalah untuk mengurangkan risiko jika anda terserempak buaya tersebut.  Kita tahu jika ada lubuk buaya pasti ada banyak ikan ini kerana tidak ramai mereka (nelayan) yang berani menangkap ikan di sungai tersebut. Tetapi untuk mendapat tangkapan yang lumayan anda mesti harungi sungai tersebut dan mengambil langkah berjaga-jaga. Dengan persiapan dari segi kelengkapan menangkap ikan, langkah keselamatan anda pergi ke sungai tersebut dan akhirnya membawa pulangan tangkapan bertan-tan. Berbanding mereka yag menangkap ikan ditempat yang sama. Lama kelamaan anda sudah terbiasa dengan keadaan itu dan bagi anda risiko sudah tidak menjadi masalah, tapi bagi mereka yang takut risiko dan tidak mahu bertindak mengatasi risiko sudah tentu hidup dalam kehidupan yang sama sepanjang hari tiada perubahan. Akhirnya jauh ketinggalan. Kita tidak dapat melihat tv hari ni jika tiada orang yang berani naik ke angkasa untuk pasang satelit.

Ketahui risiko yang terdapat di dalam skim pelaburan unit amanah.

Risiko Pasaran

Advertisements

Bagaimana caranya nak melabur ?

Setelah mendengar penerangan dari encik, saya amat berminat. Saya nak melabur RM100,000 dan menjadi Mutual Gold. Bagaimana caranya dan kepada siapa saya nak berurusan?

Pelabur yang berminat terdapat 3 cara bagaimana anda boleh melabur.

  • Datang ke opis mana-mana cawangan atau agency Syarikat Unit Amanah atau anda boleh terus pergi ke bank jika sekiranya dana tersebut dimiliki oleh bank. Walaubagaimanapun keputusan untuk anda terus melabur ke opis atau agency adalah 100% tanggungjawab anda sendiri. Ini kerana anda melabur secara sendirian berdasarkan kepada pengetahuan anda dan pengalaman anda. Jika anda tidak mempunyai pengetahuan anda bakal berdepan dengan risiko. Jika ada apa-apa berlaku kepada pelaburan anda. Anda yang harus menanggungnya.

 

  • Menerusi agen/Perunding Unit Amanah : Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat perunding anda. Apakah yang sepatutnya anda harus lakukan sebagai pelabur. InsyaAllah perunding unit amanah akan berkongsi kepada anda dan akan menerangkan kepaduntuk a anda untuk menjadi pelabur yang bijak dan berwawasan. Selain itu anda juga boleh bertanya kepada perunding anda anytime bila-bila masa jika anda ada masalah. Dengan adanya perunding maka pendaftaran pelaburan anda dibuat sepenuhnya oleh Perunding Unit Amanah.

 

  • Menerusi Internet : Jika anda seorangyang celik IT maka anda boleh lah menggunakan perkhidmatan ini. Walaubagaimanapun seperti cara yang pertama anda bertanggungjawab 100 % dengan keputusan anda. So tidak ada orangyang anda perlu salahkan jika anda silap membuat keputusan.

Kos Unit Amanah

Ada tak apa-apa caj dikenakan semasa melabur di skim plaburan unit amanah ni…?

Tanya seorang prospek kepadaku … Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah jika kita hendakkan yang terbaik maka kita harus membayar nilainya. Serupa anda ingin membeli sebuah kereta bernilai RM200K. Anda nak yang terbaik maka terpaksalah anda membayar kos nilai kereta tersebut. Ini kerana bukan kerana nilai kereta tersebut tetapi apa faedah/manfaat yan bakal anda perolehi. Penjimatan minyak, keselesaan, kestabilan, status quo dan sebagainya apa sahaja persepsi orang yang melihat. Anda adalah ORANG KAYA walaupun hakikat sebenarnya anda terpaksa mengikat perut setiap bulan hanya dengan memakan maggie segera cap Ayam.

Apa kos-kos yang terlibat di dalam skim pelaburan unit amanah ni? Mari kita bincangkan. Antara kos-kos yang terlibat adalah seperti berikut:-

Yuran Perhidmatan

Caj ini dikenakan sekali sahaja semasa anda membeli unit amanah. Ia digunakan untuk membayar perunding kewangan, agen unit amanah yang telah membantu anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Kebiasaannya caj jualan dikenakan 5.5% sehingga 6.5% bergantung kepada syarikat pengurus dana yang tentukan. Give and take…

Contoh pengiraan

Maklumat harga semasa = 0.25 se

Jumlah pelaburan : RM10,000

Jumlah digunakan untuk pelaburan : RM10,000 / 1.055 = RM9478.677

Jumlah Unit yang dibeli : RM9478.67 / 0.25 sen = 37,914.69 unit

Kos pelaburan sebenar : RM10,000 / 37,914.69 unit = 0.2638 sen

Apabila anda ingin menentukan untung / rugi. Anda haruslah membandingkan dengan nilai kos pelaburan sebenar bukannya harga semasa. Ini lebih telus dengan mengambil caj jualan sekaligus ditolak dari NAB.

 

Yuran Pengurusan

Yuran ini dikenakan setiap tahun sekali setahun. Tujuan yuran ini adalah untuk kos-kos pentadbiran dan pengurusan dana. Ianya dipotong direct dari NAB para pelabur. Sebenarnya ini adalah yuran untuk pengurus dana. Yuran ini bergantung kepada 1%-2% bergantung kepada jenis dana. Umumnya untuk dana index 1% dikenakan manakala kebanyakkan dana yang diuruskan secara aktif mengenakan 1.5

 

Yuran Pentadbiran

Yuran ini khusus untuk dibayar kepada Trustee / Pemegang Amanah yang menjaga aset dan kepentingan pelaburan. Yuran ini tidak mencecah 0.1% daripada NAB dana.

 

Yuran Pertukaran Dana

Jika dana yang kita laburkan tersebut tidak menunjukkan performance untuk jangkamasa tertenu. Adalah lebih baik kita menukarnya kepada dana yang selamat dan menguntungkan. Kaedah ini dipanggil kaedah/strategi SWITCH. Kebiasannya dana ini mengenakan bayaran RM25 bagi setiap pertukaran.

 

Lain-lain Y uran

Yuran untuk juruaudit, cukai dan belanja yang ditanggung oleh pemegang amanah. Walaubagaimanapun bergantung kepada para pelabur. Ianya sangat kecil dan tidak melebihi 0.1% daripada NAB dana.

 

P/S : Jangan dengar cakap orang dan ikut cakap orang jika anda mampu mengatasinya.

Harga Belian

Jika sebelum ini, senarai unit amanah disebt dalam dua harg iaitu Harga Belian dan Harga Jualan. Harga Jualan ialah bersamaan NAB Seunit bagi unit amanah, manakala harga belian ialah NAB ditambah yuran perkhidmatan/caj jualan yang dikenakan oleh syarikat pengurus dana tersebut. Namun begitu bermula 1 Julai 2007, hanya satu harga disebutkan dalam senarai dana unit amanah iaitu NAB Seunit. Manakala yuran perkhidmatan/caj jualan akan disebutkan secara berasingan.

Dengan adanya satu sistem harga maka pelabur akan mengetahui berapa jumlah caj jualan yang ditanggung oleh para pelabur. Ini kerana sebelum ini sistem dua harga contohnya Harga Belian telah memasukkan caj bayaran tetapi tidak diketahui berapa nilai caj tersebut. Untuk mengatasi masalah ini dan lebih bersikap telus, caj jualan didedahkan agar pelabur mendapat maklumat yang tepat tentang peratus kos yang anda bayar.

Ciri-ciri asas Unit Amanah

Sebagai pemegang unit atau pelabur apa yang harus anda harus tahu. Back to the basic.

Warren Buffet “Jangan melabur jika anda tidak apa yang anda laburkan”…memang benar apa yang dikatakan oleh Jutawan Pelabur Dunia. Beliau menasihatkan kepada bakal pelabur agar mendapatkan ilmu terlebih dahulu. Untuk mendapatkan ilmu ini anda hendaklah bertanya kepada perunding unit amanah yang beerpengetahuan, mereka yang telah melabur atau membeli buku-buku bacaan berkaitan dengan pelaburan unit amanah.  Untuk memudahkan anda, dalam artikel terdahulu saya ada menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan Unit Amanah iaitu tentang konsep dan bagaimana ia bekerja. Walaubagaimanapun ada lagi ciri-ciri yang pelabur harus tahu. Antaranya seperti NAB,harga belian,Caj Bayaran dan sebagainya. Disini saya akan terangkan kepada anda. Harapan saya lapangkan dada buka minda. Think Positef.

Pada asasnya pelabur dalam unit amanah sebenarnya bermakna pelabur membeli unit dalam suatu skim pelaburan yang diuruskan oleh pelabur profesional. Ini bermakna pelabur membeli unit (pemegang unit) dan menyimpan unit tersebut pada satu tempoh sehingga nilai unit tersebut beroleh keuntungan dan menjualnya kembali pada nilai yanebih tinggi berbanding nilai semasa belian. So pelabur sebenarnya bila mereka melabur duit bermakna membeli unit atau memegang syer dalam pelaburan tersebt dan layak mendapat segala keistimewaan dari pelaburan tersebut seperti agihan pendapatan dan dividen dan bersetuju untuk dikenakan caj bayaran sebagai upah daripada pelabur profesional iaitu pengurus dana.

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa harga setiap unit amanah bukan ASB atau ASN mempunyai harga seunit berbeza-beza. Ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang mahal dan ada yang murah…Kenapa yer? Adakah dana yang mempunyai harga lebih mahal lebih baik berbanding dengan harga dana yang lebih murah? Bagaimana harga ini ditentukan ? Saya percaya ramai dikalangan pelabur tidak tahu kenapa harga tersebut turun naik. Sebenarnya harga unit amanah tidak memberikan sebarang maksud khusus daripada segi perbandingan antara satu unit amanah dengan yang lain. Unit amanah berharga 0.26 sen bukanlah lebih murah berbanding daripada senarai unit amanah yang dijual pada harga 0.35 sen. Harga yang anda lihat di kaca TV, Suratkhabar dan Skrin Pelaburan sebenarnya Nilai Aset Bersih (NAV) Seunit.

Harga = Nilai Aset Bersih (NAB) seunit

Nilai Aset Bersih (NAB) sesiapa yang belajar akaun atau bab kewangan tentu sudah sedia maklum. NAB ialah Aset Bersih yang dimiliki oleh dana tersebut setelah ditolak dengan segala liabiliti (tanggungan/hutang). Aset ini merangkumi semua pelaburan yang dimiliki seperti saham,bon,sukuk,instrumen pasawan wang dan juga tunai.

NAB Seunit ialah nilai semua aset yang dipunyai oleh dana, ditolak dengan liabiliti (tanggungan , perbelanjaan, kos pentadbiran, kos pejabat dll) dan seterusnya dibahagikan dengan nilai bilangan unit yang dijual kepada pelabur.Formulanya dapat kita terangkan seperti berikut.

Nilai Aset Bersih = Nilai Aset Bersih (NAV) / Bilangan Unit dalam Edaran

Bagaimana menentukan NAB seunit dana ialah dengan menggunakan rumus di atas. Sebagai contoh, jika sesuatu dana mempunyai aset bersih berjumlah RM60 Juta dan ada 60 juta unit saham di tangan pelabur, NAB seunit ialah:-

60,000,000 / 40,000,000 = 1.50

Seperti yang kita sedia maklum. Aset bukan sahaja terdiri daripada wang, atau tunai tetapi juga melibatkan kredit, bangunan dan sebagainya. walaubagaimanapun, apabila sesuatu dana baru dilancarkan dan tawaran dibuka kepada orang ramai , semua aset adalah dalam bentuk tunai. Selepas itu wang tersebut akan dilaburkan atau diurusniagakan akan dikumpul dan dilaburkan mengikut cara dan peruntukan dalam prospektus.Peruntukan ini boleh berubah-ubah selagi tidak melepasi had yang ditetapkan, bergantung kepada keadaan pasaran. Pengurus dana berperanan untuk mengikut budi bicara mereka jika perlu.

Kesimpulannya NAB menjadi asas bagi pengiraan untung rugi pelaburan anda dalam unit amanah.

Pelaburan Patuh Syariah

Pasaran Modal Islam kini memainkan peranan yang sangat penting dalam sektor kewangan Malaysia. Dengan kebanyakan syarikat di Bursa Malaysia memiliki status patuh Syariah, lebih ramai pelabur menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai saham-saham ini. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Pasaran Modal Islam, terutamanya sekuriti patuh Syariah, teruskan membaca artikel ini.
Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti:
•    asas-asas sekuriti patuh Syariah dan bagaimana ia mempengaruhi pelaburan anda
•    bagaimana sesebuah sekuriti diklasifikasikan patuh Syariah atau tidak
•    langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya pelaburan tersebut berdepan dengan isu-isu seperti klasifikasi sekuriti syarikat pelaburan berubah menjadi tidak patuh Syariah atau anda melabur dalam sekuriti yang tidak patuh Syariah.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti patuh Syariah?Sekuriti patuh Syariah merupakan sekuriti syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah. Secara amnya, sesebuah syarikat akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah jika aktiviti utamanya tidak melibatkan perkara berikut:
•    Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah)
•    Perjudian dan pertaruhan
•    Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan (contoh: daging khinzir, minuman keras, dll)
•    Insurans konvensional
•    Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah
•    Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
•    Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah
•    Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah
Selain itu, turut diambil kira adalah tahap sumbangan daripada faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain.Siapa yang menentukan sama ada sesebuah sekuriti itu patuh Syariah atau tidak?Sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ahli MPS terdiri daripada golongan pakar Syariah, pakar perundangan dan kewangan dan juga ahli akademik.

Dalam menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat, fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.

Bagaimana sekiranya sesebuah syarikat itu terlibat dengan kedua-dua aktiviti iaitu patuh Syariah dan tidak patuh Syariah?

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti patuh dan tidak patuh Syariah, MPS mempertimbangkan dua ciri tambahan iaitu :

(a) Padangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan

(b) Aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa’ (perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf’ (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Tanda aras yang digunakan bagi syarikat yang mempunyai aktiviti bercampur

MPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu untuk menentukan pencampuran sumbangan yang dibolehkan daripada aktiviti yang patuh dan tidak patuh Syariah. Tanda aras tersebut (5%, 10%, 20% dan 25%) akan dibandingkan dengan sumbangan aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat

(Nota : Ijtihad bermaksud proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulama’ yang layak)

Tanda Aras Butiran Contoh
5% Digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan Syariah) Riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging khinzir
10% Digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur ‘umum balwa’ iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau Pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional
20% Digunakan untuk mengukur tahap percampuran sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah Terimaan sewaan premis yang menjalankan aktiviti perjudian dan jualan arak
25% Digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam, namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan Aktiviti pengoperasian hotel dan pusat peranginan, perniagaan saham, pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah

bersambung…sources di sini

Pelaburan Melalui Kacamata Islam

Pelaburan: Proses membina harta

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN (Utusan Malaysia)

HARTA adalah amanah Allah yang dipinjamkan kepada manusia sebagai wasilah untuk mencapai kehidupan yang diberkati.

Islam mengajar manusia mempunyai pandangan yang betul terhadap harta agar menerusi harta, manusia dapat menikmati bahagia dan bukannya bencana.

Islam memperakui keperluan manusia kepada harta dan kerana itulah harta dipandang mulia di sisi Islam. Malah, Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.

Dalam Islam, harta merupakan wasilah untuk manusia menikmati keselesaan hidup, untuk mencapai takwa. Di sebalik itu, Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya.

Ini sebagaimana yang ditegaskan Allah yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. (al-Munafiqun: 9)

Di samping itu, dengan memiliki harta semata-mata tanpa diurus dan dibangunkan untuk kesejahteraan manusia sejagat adalah bertentangan dengan yang dituntut oleh Islam.

Ini kerana dari satu sudut yang lain, Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dia yang menghidupkan kamu di muka bumi ini dan memerintahkan supaya kamu membangun dan membina kehidupan yang harmoni di atasnya. (Hud: 61)

Manfaat

Malah Islam menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat”.

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna memerintahkan agar harta dan diuruskan dengan baik dan bijaksana kerana jika sebaliknya harta boleh menyebabkan kemusnahan manusia dan kemurkaan Allah.

Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya bagi penduduk Saba’ di negeri mereka ada suatu tanda kekuasaan Allah iaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (dikatakan kepada mereka): Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Inilah) negeri yang baik dan Tuhan yang pengampun. Kemudian mereka menderhaka kepada Allah, lalu kami kirimkan kepada mereka banjir dan kami tukarkan kedua-dua kebun mereka dengan buah-buahan yang pahit dan pohon-pohon yang tidak berbuah. (Saba’: 15-16)

Demikian juga beberapa firman-Nya yang lain seperti dalam surah al Nisaa’ ayat 10 dan surah an-Nisaa’ ayat 161.

Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta.

Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar seperti di dalam firman Allah yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang. (al-Jumuah: 10)

Malah dari sudut yang lain setelah dicari, harta itu perlu pula dikembangkan. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya.

Nabi Muhammad SAW dan khulafah Al Rashidin telah melakukan pelaburan dengan mengembangkan harta-harta zakat seperti unta, lembu dan kambing.

Ini memandangkan binatang-binatang tersebut mempunyai potensi yang baik di dalam pembiakan dan perkembangan.

Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7.

Pengembangan harta boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi kewangan.

Sebagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh nabi Yusuf a.s menerusi firman Allah yang bermaksud: Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih). (Yusuf: 47-48)

Memang Islam menyuruh agar harta dikembang atau dilaburkan, namun bagi mendapatkan keredaan Allah SWT aktiviti pelaburan itu mestilah menepati hukum syarak yang berasaskan kepada al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qias dan ijtihad.

Justeru, pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Di dalam Islam, dua kontrak syariah yang popular berkaitan dengan pelaburan ialah musyarakah dan mudharabah.

Dalam muamalat Islam rukun sesuatu kontrak memainkan peranan yang penting dan ia tidak boleh diabaikan. Jika sesuatu transaksi yang mengaplikasikan kontrak Syariah tidak cukup rukun-rukunnya, maka transaksi itu tidak sah.

Sebagai panduan, di bawah konsep mudharabah dan musyarakah rukun-rukunnya yang wajib ada dan dipenuhi adalah, wang (modal) pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui, pelabur, pengusaha, bisnes yang halal dan kontrak (ijab dan qabul).

Di samping memenuhi dan cukup rukunnya, ia juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama, tiada jaminan modal selamat dan tiada jaminan untung tertentu.

Memang tidak dinafikan, setiap pelabur yang membuat pelaburan mengharapkan keuntungan. Banyak pihak yang terkeliru dalam hal ini khususnya yang berkaitan dengan jaminan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pelabur.

Mengelirukan

Lebih mengelirukan apabila pihak yang menawarkan peluang pelaburan tersebut menggunakan nama-nama, istilah atau perkataan Arab yang menampakkan seolah-olah ia adalah pelaburan secara Islam.

Namun apabila diselidiki hanya nama nampak macam pelaburan secara Islam tetapi dari segi mekanisme dan operasinya jauh terpesong daripada kaedah pelaburan secara islam.

Jaminan mendapat keuntungan adalah bercanggah dengan prinsip pelaburan dalam Islam. Ulama Islam sepakat bahawa memberi jaminan untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan hukumnya adalah haram kerana ia adalah riba dan bukannya pelaburan.

Islam tidak membenarkan memberi jaminan bahawa pelabur mesti mendapat keuntungan daripada pelaburannya kerana ia bercanggah dengan tabii pelaburan itu sendiri yang tertakluk kepada untung dan rugi.

Ia sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)”. (riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud)

Apa yang dibolehkan dan sebagaimana yang diamalkan oleh industri kewangan Islam adalah sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja tanpa membuat sebarang janji bahawa pelabur pasti akan mendapat keuntungan.

Hal ini selari dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah AAOIFI yang telah memutuskan bahawa apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah akad pelaburan mudharabah itu.

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah antara badan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia hal ehwal pelaburan.

SC dengan dibantu oleh Majlis Pengawasan Syariahnya telah berjaya menyenaraikan sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia yang mematuhi Syariah.

Berdasarkan Majlis Pengawasan Syariah SC, sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah sekiranya syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan syariah seperti yang berikut:

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah); (b) Perjudian dan pertaruhan; (c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan; (d) Insurans konvensional; (e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah; (f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan; (g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah; dan (h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syariah, MPS mempertimbangkan dua kriteria tambahan iaitu: pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik dan aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Inisiatif SC itu merupakan satu inovasi yang berimpak maksimum kepada umat Islam di Malaysia dimana mereka tidak lagi ragu-ragu dan teragak-agak untuk membuat pelaburan.

Justeru, sebelum melabur kita perlu membuat pertimbangan yang wajar dengan memastikan agar pelaburan yang hendak dibuat tidak melibatkan pelaburan dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan oleh syarak.

Tiada jaminan terhadap keuntungan yang tetap, tidak ada unsur gharar (ketidakpastian) atau elemen perjudian, tiada unsur paksaan dalam keputusan membuat pelaburan dan tidak terlibat dalam riba.

Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang menawarkan keuntungan berlipat ganda menerusi pelbagai kaedah kreatif yang menggunakan nama-nama seolah-oleh ia satu pelaburan secara Islam.