Bagaimana Pelaburan Unit Amanah Bekerja ?

Anda masih blur…saya bantu anda untuk memperjelaskan bagaimana Skim Unit Amanah ini berfungsi…

  • Unit Holder adalah Pelabur yang melabur pada sesuatu dana. Mereka terdiri dari individu, komuniti, syarikat, persatuan atau koperasi. Bertanggungjawab dalam penyediaan modal dan mengharapkan keuntungan atau pertambahan modal untuk jangkamasa tertentu. Pelabur tersebut lebih sesuai dikatakan sebagai pemegang unit ini kerana pelabur sebenarnya membeli dan seterusnya memegang unit pelaburan dalam tempoh tertentu berdasarkan matlamat si pemegang unit. Sekiranya matlamat telah tercapai maka pelabur bolehlah melepaskan pegangan unit pelaburannya dengan menjual unit tersebut semula.
  • Fund atau Dana. Sebanyak 24 dana syariah yang telah dibuka oleh Public Mutual kepada orang ramai. Dana-dana tersebut dipantau oleh sebuah organisasi Syariah yang mempunyai kuasa dalam memastikan hanya dana yang berlandaskan syariah dan bebas dari unsur riba, syubhah dan keuntungan haram seperti melabur di sektor yang bertentangan dengan syariah. Hanya yang halal dan pelaburan yang diketahui sumber sahaja akan diurusniagakan. Satu panel syariah telah dilantik oleh bahagian pengendali dana Public Mutual. Bagi Public Mutual pemantau syariah bagi dana-dana mereka ialah ZI Shariah
  • Unit Trust Manager adalah perseorangan atau firma yang dilantik oleh pengendali dana untuk mengurus semua portfolio dan pelaburan saham. Mereka terdiri dari mereka yang pakar dalam selok belok pelaburan saham. Golongan ini memang sudah mempunyai pengalaman luas dalam pelaburan bursa saham. Matlamat UTM adalah untuk mengaut keuntungan seberapa banyak yang mungkin. Duit pelaburan dari pemilik-pemilik holder yang lain akan dilaburkan dan diurus oleh UTM. Walaubagaimanapun sebagai mengenang jasa baik mereka ini, para pelabur atau pemegang unit dikehendaki membayar atau menyumbang 5.5% dari pelaburan mereka. Ini wajib setiap kali pelaburan. Sama ada pelaburan pertama kali atau pelaburan tambahan.
  • Trustee atau Pemegang Amanah. Mereka yang bertanggungjawab dalam memastikan kenbajikan para pelabur di selamatkan. Jika sekiranya syarikat yang mengendali dana mengalami kemerosotan, Maka Trustee memastikan duit para pelabur tidak digunakan sewenang-wenangnya. Oleh itu tugas Trustee tidaklah semudah seperti yang disangkakan tidak ramai yang tahu bagaimana mereka bekerja. Apa yang perlu pemegang unit amanah tahu ialah duit modal mereka selamat. Walaubagaimanapun ianya tidaklah percuma, so jika kita nak yang terbaik, ada orang menjaga kebajikan kita , maka kita juga kena bayar atas perkhdmatan mereka sema juga dengan Unit Trust Manager. So untuk Trustee, bayaran dikenakan 0.8% setahun.
  • Permitted Assets adalah hanya sesetengah dana sahaja yang dibenarkan untuk diniagakan.
  • Deed adalah surat ikatan antara Unit Holder + Trustee + Fund Manager , agar setiap yang terlibat antaranya harus mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
  • Capital Gains & Distribution (Agihan Pendapatan / Dividen) adalah dua keuntungan yang boleh dicapai oleh Pemilik Unit. Capital Gains adalah penambahan nilai modal pelaburan sebelum. Dikira berdasarkan harga pasaran. MAnakala Distribution atau Dividen adalah keuntungan dikira berdasarkan agihan daripada dana setelah memperolehi hasil dari pelaburan tersebut.

P/S: Ingin mengetahui lebih lanjut hubungi saya 60168151321

About akudanunitamanah
Hi, I'm Rosfazlie Roslie. I am agent representatives of Unit Trust Consultant and Takaful Presenter. It gives me great pleasure in providing you premier Financial Services in Wealth Creation, Wealth Protection, Wealth Accumulation and Wealth Distribution.Contact me 0168151321

Leave a comment